UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Email pertanyaan anda ke info.mykhalish@gmail.com atau
SMS/WhatsApp 012-621 8175 / 016-323 3745. Terima kasih.

TERMA DAN SYARAT - Tempahan logo

MOHON BACA DAN FAHAMKAN SEBELUM BUAT TEMPAHAN LOGO.
Jika kurang jelas boleh rujuk dengan kami terlebih dahulu.
  1. Kerja rekaan logo hanya akan bermula selepas kami terima bayaran deposit dan selepas kami menerima maklumat borang tempahan logo (Submit online form disini: http://bit.ly/rekaneka_logoform )
  2. Mohon nyatakan dengan jelas konsep, warna, motto design yang anda mahukan didalam online form. Pihak REKANEKA akan berikan design terbaik berdasarkan permintaan yang anda setujui. 
  3. Tidak dibenarkan menukar konsep setelah pihak REKANEKA memulakan kerja-kerja rekaan logo. Caj tambahan akan dikenakan jika anda ingin menukar juga. 
  4. Pihak REKANEKA hanya akan memberi pilihan logo awal mengikut pakej yang dipilih. 
  5. Sebarang perubahan PERCUMA hanya dibenarkan mengikut pakej yang dipilih. Selepas itu akan dicaj. Perubahan hanyalah secara minor sahaja dari logo yang dipilih (Contoh: perubahan warna dan susunatur). Pertukaran secara keseluruhan akan dicaj logo baru.
  6. Semua pakej akan menerima fail dalam format JPG / PNG (tidak boleh diubahsuai) dengan resolusi tinggi 300dpi.
  7. Hanya Pakej Retrace, Basic 2 & Advance 2 sahaja yang AKAN MENERIMA fail dalam format AI / PDF (boleh diubahsuai).
  8. Pakej Basic 1 dan Advance 1 TIDAK AKAN MENERIMA fail dalam format AI / PDF (boleh diubahsuai). Jika anda inginkan fail tersebut di masa depan, caj RM100 akan dikenakan.
  9. Untuk Pakej Retrace, kami tidak akan bertanggungjawab dalam isu hakcipta jika logo yang anda berikan adalah milik individu/syarikat lain.
  10. Pihak REKANEKA berhak untuk menggunakan artwork untuk tujuan portfolio dan promosi.
  11. Pihak REKANEKA tidak berhak untuk menggunakan artwork yang telah di design untuk anda kepada pihak lain.
  12. Pihak REKANEKA berhak untuk menukar TERMA DAN SYARAT ini tanpa sebarang notis.

PROSES REKABENTUK LOGO
  1. Borang Tempahan & Pembayaran deposit.
  2. Kajian dan Rekabentuk. Kerja-kerja rekaan mula berperingkat-peringkat.
  3. Persembahan - Anda akan menerima komposisi rekaan logo melalui email. Anda perlu memberikan maklumbalas segera, mohon untuk buat pembetulan / penambahbaikan atau sahkan logo akhir anda.
  4. Pembetulan - Nyatakan sebarang pembetulan (jika ada) yang ingin dibuat melalui email. Jumlah pembetulan (revisions) bergantung kepada pakej yang anda beli.
  5. Rekaan Diperbaiki - Rekaan yang telah diperbaiki akan diemel kepada anda. Berikan maklumbalas atau sahkan logo akhir anda. 
  6. Sahkan Logo Akhir dan pembayaran baki. Selepas disahkan, sebarang perubahan tidak akan diterima.
  7. Penghantaran Fail-Fail Logo Akhir - Fail-fail berkaitan akan diemel kepada anda selepas kami menerima bayaran baki.

POLISI PEMULANGAN WANG
Wang tidak akan dikembalikan:
  1. Jika kami telah memulakan kerja rekabentuk.
  2. Jika anda telah mengesahkan logo akhir anda.
  3. Jika logo yang dibuat untuk syarikat/perniagaan/individu tutup, tukar nama, atau tukar aktiviti.
  4. Jika projek logo diberhentikan dengan alasan yang tiada kaitan dengan perkhidmatan kami.
  5. Jika kami tidak menerima maklum balas dari anda lebih dari 3 bulan.

0 comments:

Post a Comment