UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Email pertanyaan anda ke info.mykhalish@gmail.com atau
SMS/WhatsApp 012-621 8175 / 016-323 3745. Terima kasih.
Pelanggan Yang Dihormati,
Sila baca terma dan syarat pembelian sebelum membuat tempahan kami.

1. TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN
  • MyKhalish Solutions atau Rekaneka.com menawarkan perkhidmatan mencetak alat pemasaran seperti Business Card, Flyer, Kad Perkahwinan dan sebagainya secara online dan offline untuk kemudahan pelanggannya.
  • Dengan membuat tempahan dengan kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa.
  • Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman web ini kerana ianya merupakan suatu syarat yang wajib dipatuhi.
  • Kami berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.

2. PRODUK DAN PERKHIDMATAN
  • Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
  • Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk.
  • Kualiti kertas juga tidak semestinya sama pada setiap masa. Ketebalan, tekstur dan ketepatan warna mungkin berbeza sedikit dengan kertas terdahulu. Hal ini disebabkan oleh masalah teknikal pengilang-pengilang kertas. 
  • Ukuran yang dinyatakan dalam spesifikasi sesuatu produk itu tidaklah 100 peratus tepat dan tertakluk kepada kesesuaian sesuatu produk.

3. PEMBAYARAN
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
  • Pembayaran bagi tempahan yang dibuat boleh dilakukan secara terus kepada mana-mana akaun yang ditetapkan. 
  • Buat masa ini kami tidak menerima pembayaran melalui Kad Kredit / Debit.
  • Jika pembayaran dibuat menggunakan Cek, kerja-kerja hanya akan dimulakan selepas Cek itu clear.
  • Deposit 50% diperlukan bagi mengesahkan tempahan. Bagi tempahan berjumlah RM100 dan ke bawah, bayaran penuh diperlukan.
  • Baki bayaran perlu dibuat dalam masa dua (2) hari, selepas penghantaran produk dibuat.

4. TEMPOH SIAP
  • Setelah kami menerima tempahan dan bayaran, kami akan menyediakan draf rekabentuk (sekiranya berkaitan) dalam tempoh 3 hingga 10 hari bekerja (bergantung pada produk tempahan).
  • Anda dikehendaki menyemak dan memberikan maklum balas setelah menerima draf tersebut dengan kadar segera.
  • Setelah mendapat maklum balas daripada anda, kami akan membuat pindaan (sekiranya berkaitan) sewajarnya.
  • Tempoh yang diperlukan ialah 1-3 hari bekerja bergantung kepada maklum balas berkenaan. Pindaan draf hendaklah tidak melebihi 3 kali. Bayaran tambahan akan dikenakan jika pindaan yang dibuat melebihi 3 kali atau melibatkan perubahan drastik, bergantung kepada kesukaran dan masa yang diambil.
  • Produk hanya akan dicetak setelah draf dipersetujui oleh pelanggan dan deposit sebanyak 50% dibayar oleh pelanggan. 
  • Tempoh masa cetakan berbeza-beza bergantung pada jenis produk, kami akan maklumkan terus kepada anda.
  • Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa tempoh yang dinyatakan itu dipatuhi sepenuhnya.
  • Bagaimanapun, dalam kes di luar kawalan kami seperti ketiadaan stok dan kerosakan mesin, sedikit kelewatan mungkin berlaku. 
  • Kami akan mempastikan bahawa jumlah kuantiti produk yang dibekalkan bertepatan dengan jumlah tempahan. Sungguhpun begitu, anda digalakkan membuat pengiraan semula sebaik sahaja menerimanya.
  • Sekiranya anda mendapati kuantiti tempahan tersebut kurang daripada yang dibekalkan, anda hendaklah memberikan maklum balas dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh penerimaan tersebut.
  • Kami akan membuat semakan semula dan sekiranya didapati ada kesilapan di pihak kami, kami akan membuat penggantian. Bagaimanapun, jika tempoh berkenaan tamat, sebarang aduan mengenai kuantiti tidak akan dilayan.

5. PENGHANTARAN
  • Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat. Pastikan alamat yang diberi adalah tepat bagi mengelakkan masalah dan kelewatan.
  • Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.
  • Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan kurier SkyNet dan Poslaju sahaja.
  • Kami akan memberikan Nombor Rujukan Penghantaran (Tracking Number), untuk memudahkan anda membuat semakan dengan pejabat penghantar berhampiran kawasan anda ataupun anda boleh menyemak sendiri di halaman web tertentu.
  • Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi. Penghantaran biasanya hanya mengambil masa di antara satu atau dua hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia.
  • Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan penghantar di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.
  • Penghantaran melalui Skynet dan Poslaju dijamin selamat. Walaubagaimana pun kami tidak boleh dipertanggung jawab di atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak terbabit.
  • Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara lisan/bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.
  • Jika berlaku pemulangan barangan dari pihak Skynet & Poslaju akibat dari kegagalan penghantaran, pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kos penghantaran semula.

8. TANGGUNGJAWAB
  • Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak hasil draf kad yang telah kami siapkan. Pelanggan dinasihatkan menyemak keseluruhan kad dengan teliti.
  • Jika terdapat perubahan sila maklumkan secara bertulis atau email kepada perekabentuk bertugas. Sekiranya draf rekabentuk dipersetujui melalui email, maka email terakhir anda yang menyatakan persetujuan akan menjadi bukti persetujuan anda.
  • Persetujuan melalui telefon diterima. Tetapi kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesalahan yang bakal berlaku kelak samada ianya datang dari pihak kami atau pihak anda sendiri. 
  • Kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa jua kesilapan selepas produk dicetak walaupun kesalahan tersebut datangnya dari pihak kami atau pihak anda sendiri. Selepas draf rekabentuk dipersetujui anda sebagai pelanggan secara rasmi telah memberi kebenaran untuk kami mencetak barangan yang ditempah.
  • Kami akan bertanggungjawab sekiranya kad yang tempah berlainan dengan hasil draf rekabentuk yang telah dipersetujui. Kami berhak mengantikan yang baru atau memberi diskaun di atas kesilapan yang telah kami lakukan.

9. PEMBATALAN TEMPAHAN
  • Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika proses percetakan belum dilaksanakan. 
  • Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan.
  • Jika pembatalan dibuat selepas draf dibuat, wang pendahuluan artwork (Deposit 50%) tidak akan dikembalikan.
  • Jika proses percetakan telah dimulakan, sebarang pembatalan tidak dibenarkan. 

10. POLISI PEMULANGAN WANG
Wang tidak akan dikembalikan:
  • Jika kami telah memulakan kerja rekabentuk.
  • Jika anda telah mengesahkan artwork akhir anda.
  • Jika artwork yang dibuat untuk syarikat/perniagaan/individu tutup, tukar nama, atau tukar aktiviti.
  • Jika tempahan diberhentikan dengan alasan yang tiada kaitan dengan perkhidmatan kami.
  • Jika kami tidak menerima maklum balas dari anda lebih dari 3 bulan.

11. HAKCIPTA ARTWORK
  • Jika anda menggunakan rekaan template, hakcipta artwork adalah milik kami. Sebarang cetakan semula tanpa kebenaran kami adalah dilarang sama sekali.
  • Untuk rekaan baru, jika anda hanya bayar caj rekaan sahaja. Hakcipta artwork adalah milik kami. Sebarang cetakan semula tanpa kebenaran kami adalah dilarang sama sekali.
  • Anda boleh beli artwork tersebut dengan bayaran tambahan tertentu. Kami akan beri anda master softcopy (dalam format AI / PDF). Hakcipta artwork adalah milik anda.
  • Sebarang isi kandungan (Write up, logo, gambar dan sebagainya) yang anda berikan untuk kerja rekaan, adalah tanggungjawab anda sekiranya berlaku isu-isu dan masalah hakcipta dengan pihak ketiga. Pihak kami tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab. 

12. POLISI PRIVASI
  • Tujuan kami menyimpan maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan anda.
  • Kami tidak akan dengan secara sengaja memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.

13. PENGGUNAAN UNTUK PROMOSI
  • Kami berhak menggunakan artwork yang telah kami cetak untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di halaman web ini atau pun di guna pakai sebagai contoh jualan.
  • Kami juga berhak membawa contoh produk cetakan kami untuk ditunjukkan kepada bakal pelanggan kami.
Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment